Thursday, July 16, 2009

MANTAP'09 Melabuhkan Tirai~

Alhamdulillah akhirnya hari ini berlabuh juga tirai Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Maghribi 2009 (MANTAP'09). Segala yang tersimpan terurai, segala persoalan terjawab dan segala harapan kini terpikul di bahu pimpinan PMMM sesi baru.

Di kesempatan ini, ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan MANTAP'09 secara langsung mahupun secara tidak langsung. Daripada Timbalan Pengarah hinggalah kepada AJK-AJK, Yang Di-Pertua Dewan, Setiausaha Dewan dan ahli-ahli mesyuarat sekalian. Kita bekerja sebagai satu pasukan. Semua ada peranan masing-masing. Jika semua berfungsi mengikut peranannya, maka kerja dan urusan kita senang dan berada di landasan yang sewajarnya.

Kami koordinator MANTAP'09 memohon ribuan kemaafan andai ada yang terkurang sepanjang program ini berlangsung. Dan sewajarnya anda perlu mengetahui bahawa kami pihak koordinator sedaya upaya berusaha untuk menghasilkan yang terbaik apa yang telah diamanahkan kepada kami. Namun kami sebagai manusia biasa tidak terlepas daripada sebarang kesilapan dan kekurangan. Dan harapannya kesilapan dan kekurangan ini tidak diulang pada masa yang akan datang, insyaALLAH.

Ada yang bertanyakan mengenai status blog MANTAP'09 selepas ini. InsyaALLAH blog ini masih berterusan dalam masa terdekat untuk proses laporan dan gambar-gambar sepanjang MANTAP'09. Dan kemungkinan blog ini menjadi medium PMMM untuk sementara waktu sebelum diambil oleh Exco Penerbitan dan Dokumentasi sesi 2009/2010.

Akhirnya dititipkan sekalung penghargaan buat Haikal, Hamiz, Zulkhairi, Hariz, Zakwan, Aimi, Sharif, Jawawi, Kamarul, Muhaimin, Aimaduddin, Aslam, Kamaruzaman, Asyraf Nordin, Hafizullah, Zahrin, Haziq, Tengku Asyraf, Fakurazi, Rahmad dan semua yang terlibat.

Juga buat Fawaha, Nazurah, Anis, Fatin, Salmee, Aminah Munirah, Asna, Zulaikha, Syarifah Munirah, Amanina, Salwani, Madihah, Lily, Atiqah, Shaliza dan semua yang terlibat.

ALLAH sahaja yang mampu membalas segala jasa kalian.


"PMMM 20 Tahun; Berani Berubah Untuk Merubah"

Monday, July 13, 2009

Al-Qalam d'MANTAP

Cepat Tempah Sebelum Kehabisan Stok!!

Cetakan Terhad!

Lain Dari Yang Lain!

Edisi Khas MANTAP'09!

Al-Qalam Juga Berani Berubah Untuk Merubah!

Tunggu Apa Lagi??



(Mantap Bukan??)

"PMMM 20 Tahun; Berani Berubah Untuk Merubah"

Lagu Tema MANTAP'09


Amalulillah - Shoutul Amal

Al-amal(2x)
Al-amalulillah(ulang)
Al-amalulillahi shi'aruna(2)
Allah(2x) Allahu rabbuna
Allah(2x) Allahu qoyatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur'an dusturuna(ulang)
Al-amal(2x)
Al-amalulillah(ulang)
Al-amalulillah shi'aruna(2x)
Al-jihad(2X)
Al-jihadu sabiluna(ulang)
Al-mautu fisabilillah asma' amanina(2x)
ASMA' AMANINA!(2x)

Beramal(2x)
Amal kerana Allah(ulang)
Beramal kerana Allah itu shi'ar kami(2x)
Allah(2x) Allah Tuhan kami
Allah(2x) Allah matlamat kami
Ar-Rasul ikutan kami
Al-Qur'an panduan kami(ulang)
Beramal(2x)
Amal kerna Allah(ulang)
Beramal kerana Allah itu shi'ar kami(2x)
Berjihad(2x)
Jihad jalan kami(ulang)
Mati di jalan Allah cita tertinggi kami(2x)
CITA TERTINGGI KAMI! (2x)

"PMMM 20 Tahun; Berani Berubah Untuk Merubah"

Sunday, July 12, 2009

Berkenalan Dengan YDP Dewan


Mesyuarat Agung Tahunan
Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Maghribi
2009
(MANTAP'09)

Yang Di-Pertua Dewan
Muhammad Noor Firdaus bin Noor Asmadi

Setiausaha Dewan
Mohd Al-Amin bin Ab Aziz
Nazira binti Alis

(Sedang Memikirkan Perjalanan MANTAP'09)

Nama Penuh

Bin Noor Asmadi Muhammad Noor Firdaus


Asal

Felda Lurah Bilut 28000 Bentong Pahang


Tarikh Lahir

1 Jun 1987


Pengalaman dalam PMMM

Timbalan Exco Pendidikan 2006/2007

Timbalan Exco Kebajikan 20072008

Mengetuai dan mengendalikan Unit Jamuan untuk program-program besar PMMM

Menjadi Ketua Fasilitator untuk program Kursus Umrah 2008.

Meyampaikan ceramah mengenai pengendalian Unit Jamuan untuk program SIV 2007 & 2008


Pengalaman dalam Mesyuarat Agung PMMM lepas

Mesyuarat Agung Tahunan 2006 – Perwakilan Wilayah Tetouan, Ahli Unit Jamuan

Mesyuarat Agung Tahunan 2007 – Tidak Hadir (Menunaikan umrah dan pulang ke Malaysia)

Mesyuarat Agung Khas 2008 – Ahli Mesyuarat Biasa

Mesyuarat Agung Tahunan 2008 – Ahli Mesyuarat Biasa


Kenapa pilih 'rgodong' sebagai ID?

Tidak berkenaan dengan kerjaya sebagai YDP dan tidak berkaitan dengan Mesyuarat Agung Tahunan


Harapan untuk Mesyuarat Agung kali ini

Semoga Mesyuarat Agung Tahunan kali ini merupakan yang paling bersejarah sepanjang keberadaan saya di Morocco.


Juga semoga Mesyuarat Agung dapat berjalan dengan lancar dengan dipengerusikan oleh seorang yang tidak berpengalaman.


"PMMM 20 Tahun; Berani Berubah Untuk Merubah"

Perwakilan Wilayah & Surat Tunjuk Sebab

Assalamualaikum w.b.t,


Makluman terkini Mesyuarat Agung Tahunan PMMM 2009 (MANTAP ’09).


1.Perwakilan Wilayah


1.1 Perhatian kepada semua ahli PMMM untuk memilih perwakilan bagi setiap wilayah dalam sesi pembentangan cadangan di Mesyuarat Agung Tahunan PMMM 2009 (MANTAP'09).

1.2 Sesi pembentangan cadangan ini akan diadakan pada hari kedua mesyuarat agung berlangsung. Tentatif akan diunjurkan kemudian untuk rujukan semua ahli PMMM.


1.3 Bilangan perwakilan setiap wilayah adalah seperti berikut :-

1) Tetouan : Seorang Wakil Mahasiswa

2) Fes : Seorang Wakil Mahasiswa

3) Kenitra : Seorang Wakil Mahasiswa dan Seorang Wakil Mahasiswi

4) Rabat : Seorang Wakil Mahasiswa dan Seorang Wakil Mahasiswi

5) Mohammedia : Seorang Wakil Mahasiswa dan Seorang Wakil Mahasiswi

6) Casablanca : Seorang Wakil Mahasiswa dan Seorang Wakil Mahasiswi

7) Marrakesh : Seorang Wakil Mahasiswa


2. Surat Tunjuk Sebab Tidak Dapat Menghadirkan Diri ke Mesyuarat Agung Tahunan PMMM


2.1 “Semua mahasiswa diwajibkan menghadiri mana-mana mesyuarat agung yang diadakan atau mana-mana perjumpaan yang dibuat oleh pihak persatuan (sama ada perjumpaan dengan Penghulu Wilayah, AMT atau mana-mana pihak yang telah mendapat izin AMT)." - Perkara 6 Etika Tatatertib PMMM (Undang-undang Umum), Buku Perlembagaan PMMM m/s 19.


2.2 Setiap mahasiswa wajib menyertai sebarang program yang dianjurkan oleh persatuan."-Perkara 1 Etika Tatatertib PMMM (Undang-undangBerprogram), Buku Perlembagaan PMMM m/s 20.


2.3 "Setiap mahasiswa wajib menyertai sebarang program yang dianjurkan oleh persatuan."-Perkara 1 Etika Tatatertib PMMM (Undang-undangBerprogram), Buku Perlembagaan PMMM m/s 20.


2.4 Ingin kami tegaskan bahawa kehadiran semua ahli PMMM adalah diwajibkan untuk memastikan perjalanan mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar. Tanpa sokongan anda mana mungkin persatuan akan terus maju.


2.5 Bagi mereka yang tidak dapat menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan kali ini, diharapkan agar dapat mengunjurkan surat berserta sebab yang kukuh kepada Presiden PMMM selewat-lewatnya sebelum Mesyuarat Agung Tahunan PMMM 2009 berlangsung.


Segala pengorbanan semua ahli PMMM amatlah kami hargai dan kami mengharapkan yang terbaik untuk PMMM yang tercinta. JZKK.


Sekian, terima kasih.


"PMMM 20 Tahun; Berani Berubah Untuk Merubah"





Farah Wahidah Hayati binti Ariaff

Setiausaha MANTAP'09

Saturday, July 11, 2009

Cepat Hantar Usul~

PERHATIAN!!!

Tarikh Tutup Penghantaran Usul
PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA DI MAGHRIBI

Esok!!!

AHAD
12 Julai 2009

MEDIUM:

presiden_pmmm@yahoo.com
atau
setiausahakehormat_pmmm@yahoo.com

Cepat hantar demi kelangsungan persatuan kita!

"PMMM 20 Tahun; Berani Berubah Untuk Merubah"

Senarai Nama Penginapan MANTAP'09

SENARAI NAMA PENGINAPAN

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PMMM 2009


VILLA ABOU TEMMAM

1. AHMAD MUHAIMIN BIN CHE MOOD

2. AMIROL AIZAD BIN AB KADIR

3. KHAIRUL MUNZIR BIN IBRAHIM

4. KHAIRUL ASYRAF BIN ABD HAMID

5. MOHD HARITH BIN OTHMAN

6. AHMAD FATHI BIN MUHAMMAD

7. SHARIFUDDIN BIN SUHAIMI

8. MUHAMMAD NUR UBAIDILLAH BIN AB GHANI

9. MUHAMMAD MUJAHID BIN MOHD NIDZAR

10.MOHAMAD NOR SHAHIDDAN BIN MAZLAN

11.BAHRUDDIN BIN MUHAMMAD

12.MOHAMAD NASRY BIN MOHD NOR

13.WALIYUDDIEN BIN IBRAHIM

14.AHMAD TARMIZI BIN MUHAMMAD KHATIB

15.DAUD BIN DALIB

16.NIK AMIRUL ADZIM BIN NIK AMAN

17.MOHD SAID BIN SULAIMAN

18.MOHD FAKURAZI BIN GHAZALI

19.SYEIKH MUHD MUSTAQIM BIN SIKH NAWAWI

20.MUHAMMAD ZAID BIN BAKAR REDIN

21.MUHAMMAD MUSTAQIM BIN ROSLAN

22.MOHD AL-AMIN BIN AB AZIZ

23.ABDUL MUSYRIF BIN MOHAMAD KHALIL

24.MOHAMAD ASYRAF BIN NORDIN

25.MOHAMED ZAHRIN BIN MOHD HASSAN

26.MUHAMMAD FAISAL BIN ADNAN

27.MOHAMMAD SHAHIR BIN AHMAD

28.MOHD HAFIZULLAH BIN MD ABAS

29.MOHD NAFIRUDDIN BIN MD SIADID

30.MUHAMMAD TAJUDDIN BIN ABDUL RAHIM

31.SOBRI BIN YUSOF

32.WAN MOHD AL-FAIZEE BIN WAN ABD RAHAMAN

33.MOHAMMAD FIKRI BIN MOHAMMAD NASRI

34.MUHAMMAD KHAIRUDDIN BIN HUSIN

35.ABDUL AZIM BIN MOHAMAD ISA

36.JAWAWI BIN MD YUSOF

37.KAMARUZAMAN BIN ZALI

38.MUHAMMAD HAZIQ BIN HASSAN


VILLA WAWASAN

1. MOHD HARIZ BIN ABDULLAH

2. AFIQ HAKIMI BIN SENGARI

3. MUHAMMAD ZULKARNAIN BIN MAT SALIM

4. MUHD AIMADUDDIN BIN MOHAMAD RABEH

5. MUHD AIMI BIN ZAKARIA

6. SYED MUHAMMAD REDZUAN BIN SYED YUSUF

7. RASYAD AFIF BIN IBRAHIM

8. MUHAMMAD ISKANDAR SHAH BIN AB AHMID

9. MUHAMMAD FAKHRUDDIN ARRAZI BIN MISNI

10.MUHAMAD SYAFIQ BIN HASNAN

11.MOHD RAHMAD BIN MAT YATIM

12.MUHAMMAD ZULKHAIRI BIN MOHD ZAKI

13.MUHAMMAD HAMIZ AIZUDDIN BIN YASIR

14.MUHAMMAD HAIKAL BIN MUHAMAD RAMLAN

15. MOHD IKRAM HAKIM BIN MOHD RADZI

16.AZRI AMIN BIN CHE DIN

17.MOHAMAD AKMAL BIN MOHAMAD

18.MOHD FAIZ RAHIMI BIN HAJI MAT ALI

19.MUHAMMAD ‘ATAA’U BIN ABDUL HADI

20.ABDUL MUHAIMIN BIN MOHD RADZI

21.MUHAMMAD ASLAM BIN YAACOB

22.KAMARUL HISHAM BIN PARLAN

23.MOHD NAJMI BIN MOHD KHALY

24.MUHAMMAD NOOR FIRDAUS BIN NOOR ASMADI

25.AHMAD ZAKWAN BIN ROSLI

26.MOHD FAIZ MUKMIN BIN ABDUL MUTALIB


BAITUL HASANAH

1. MASITAH BINTI ABD AZIZ

2. NURUL BADRIYAH BINTI ALI

3. ZULAIKHA BINTI MOHD ZUELIG

4. JUWAIRIAH BINTI MOHAMMAD ALI

5. MAWADDAH BINTI KAMARUDIN

6. SALMEE SUHANA BINTI ROSSLAN

7. SITI MUTI’AH BINTI HASSAN

8. NUR MADIHAH BINTI MUHAMED


F.B.I

1. NUR SALWANI BINTI ROSLI

2. ANIS QURRATU `AINI BINTI JAMALUDDIN

3. ASNA SYIMAH BINTI AMIR SAIDON

4. NUR SHALIZA BINTI SYAFIE

5. NURUL ADIBAH BINTI ROSLIM

6. NORAZUATIKA BINTI MOHAMAD NORDIN

7. NORFARHANA BINTI ABDUL YAARUS

8. NUR FATIN BINTI KAMALUDDIN

9. NURUL AISYAH ASMA’ BINTI AZIEH

10.AISHATUL MARDHIAH BINTI BUJANG

11.NUR AMANINA BINTI MAHMUD

12.NUR ATHIRA HANI BINTI ABDUL RAHMAN

13.NUR ADILLAH BINTI AMIRUDDIN

14.NURUL ATIQAH BINTI RAZALI

15.SITI SYAZWANI BINTI CHE ROSE

16.NUR HANISAH BINTI MANSOR


DARUZZAK

1. NUR SAKINAH BINTI MOHD SALLEH

2. NAZIRA BINTI ALIS

3. NAZURAH BINTI MOHD ALI

4. NABILA HUDA BINTI MUHD MURAD

5. TENGKU ANIS NADZIRAH BINTI TENGKU ISA

6. LILY HANEFAREZAN BINTI ASBULAH

7. AMINAH MUNIRAH BINTI MOH SHIN

8. FARAH WAHIDAH HAYATI BINTI ARIAFF

9. NORWAJIA UMI BINTI ISMAIL

10.SITI AISAH BINTI ABDUL WAHAB

11.SHARIFAH MUNIRAH BINTI SYED MOHD SUHAIMI

p/s:

(1) Kepada sesiapa yang tidak mempunyai nama dalam senarai ini, sila rujuk kepada ketua dan timbalan Krew Penempatan (Ustaz Sharifuddin dan Ustazah Zulaikha) secepat yang mungkin. Mohon kerjasama semua pihak.

(2) Pihak koordinator hanya menyediakan tempat penginapan di wilayah KENITRA sahaja. Sebarang penginapan selain di KENITRA adalah di bawah tanggungjawab sendiri.


Setiausaha MANTAP'09,

Farah Wahidah Hayati binti Ariaff

Thursday, July 9, 2009

Saya Mengusulkan...~


Sedikit sedutan dari Surat Makluman Awal Mesyuarat Agung Tahunan PMMM 2009 oleh Setiausaha Kehormat PMMM yang bertarikh 30 Jun 2009.

MAKLUMAN AWAL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA DI MAGHRIBI (PMMM)
Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian saudara/saudari untuk merujuk perkara tersebut di atas.

2. Sebagai makluman, Ahli Lembaga Pentadbir (ALP) PMMM sedang berusaha menjalankan gerak kerja untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PMMM.

3. Mesyuarat tersebut dijangka akan diadakan pada pertengahan bulan Julai 2009. Maklumat lanjut berkenaan mesyuarat tersebut masih belum ditetapkan dan akan dimaklumkan kemudian.

4. Oleh yang demikian, setiap ahli yang berdaftar kini dibenarkan untuk menghantar sebarang usul untuk dibentangkan di dalam mesyuarat tersebut kepada Setiausaha Kehormat PMMM. Mana-mana usul yang tidak dihantar kepada Setiausaha Kehormat tidak boleh dibentangkan di dalam mesyuarat tersebut.

4. Tarikh akhir bagi penghantaran usul tersebut akan dimaklumkan kemudian. Sebarang persoalan bolehlah diunjurkan kepada Setiausaha Kehormat; Muhammad Fakhruddin Arrazi Misni atau Presiden; Ahmad Fathi Muhammad.

5. Semoga segala langkah pembaikan yang dibina mampu menyumbang kepada pemantapan sistem pentadbiran dan pengurusan persatuan seterusnya meneruskan lagi kesinambungan perjuangan persatuan ini, insya-Allah.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.



"PMMM 20 Tahun; Berani Berubah Untuk Merubah"

Wednesday, July 8, 2009

Temu ramah 3 : Mesyuarat Agung tu macam di Parlimen kan?

Apa kata anda selepas membaca tajuk entry kali ini? Mari kita tinjau apa kata beberapa pelajar tahun pertama tentang Mesyuarat Agung Tahunan PMMM.

"Mesyuarat Agung tu macam di parlimen kan? Mungkin juga seperti pertandingan bahas ala parlimen yang ada pihak pencadang dan pembangkang. Mungkin juga ada adegan bidas membidas hujah dan sebagainya."

Walau apa jua andaian mereka tentang Mesyuarat Agung namun jelas tergambar keterujaan mereka untuk menyertainya buat pertama kalinya. Rata-rata meluahkan perasaan tidak sabar untuk mengetahui suasana dan merasai bahang kehangatan Mesyuarat Agung Tahunan PMMM yang akan berlangsung kurang seminggu lagi.

Menurut Saudara Kamaruzaman bin Zali pelajar tahun 1, Dirasat Islamiah Universiti Mohamad V Rabat yang bakal membarisi AMT pada sesi 09/10 menyatakan beliau tidak sabar melihat kematangan pembentang dalam pembentangan usul di dalam mesyuarat nanti.

Saudari Nurshaliza binti Syafie pelajar tahun 1 Dirasat Islamiah Universiti Ibnu Tofail pula berpendapat Mesyuarat Agung Tahunan mampu menjadikan pelajar lebih matang dan bergerak seperti keluarga.

Harapan yang tinggi diletakkan oleh Saudari Norazuatika binti Mohd Nordin pelajar tahun 1 Dirasat Islamiah Universiti ibnu Tofail Kenitra agar segala matlamat yang disasarkan akan tercapai.

Mungkin masih terlalu awal untuk mereka membuat kesimpulan tentang Mesyuarat Agung Tahunan kerana mereka belum lagi menempuhinya. Bagi mereka yang pernah melalui saat dan detik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PMMM apa kata anda?


"PMMM 20 Tahun; Berani Berubah Untuk Merubah"

Tuesday, July 7, 2009

Temu ramah 2 : Mesyuarat Agung Tahunan membosankan? memenatkan?

Penjelajahan meninjau pandangan mengenai Mesyuarat Agung Tahunan PMMM diteruskan tanpa merentas lautan dan benua namun masih berpeluang untuk bersama mereka yang jauh di mata. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Saudari Khadijah Khalilah binti Abdul Rashid dan Saudara Mohd Sabri bin Sulaiman yang sudi berkongsi pengalaman dan pandangan.

Ikuti laporan ringkas temu bual yang dibuat melalui perantara Yahoo Messenger (YM) petang semalam.

Setelah tiga kali menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PMMM, mereka tidak dapat menafikan banyak transformasi yang telah berlaku. Perkembangan positif ini penting dalam memperkemaskan lagi pentadbiran dan perjalanan persatuan.

Saudari Khadijah Khalilah melihat perubahan ketara yang berlaku semasa mesyuarat adalah keberanian ahli tampil ke depan dan bersuara dengan penuh keyakinan.

Mereka melihat sudut yang paling penting di dalam Mesyuarat Tahunan PMMM adalah ketika mana pembentangan usul dan cadangan dari setiap perwakilan kerana hak bersuara di situ lebih kuat. Namun mereka juga tidak menolak kepentingan pembentangan laporan ALP di dalam mesyuarat.

Ketika diminta mengulas tentang dakwaan yang mengatakan Mesyuarat Agung Tahunan PMMM ini memenatkan dan membosankan mereka mempunyai komen yang tersendiri.

Saudari Khadijah Khalilah tidak menafikan dakwaan ini akan terkeluar dari ahli disebabkan beberapa faktor. Faktor kerana tidak memahami perjalanan mesyuarat dan biasanya ini ada keluhan daripada pelajar tahun satu. Seterusnya faktor jarang menyertai program-program persatuan.

Sebagai ahli persatuan kita mempunyai tanggungjawab terhadap persatuan dan Saudara Mohd Sabri menyifatkan dakwaan ahli ini menunjukkan sikap mereka yang tidak mahu mengambil berat tentang persatuan.

Dari sudut yang lain, Saudari Khadijah Khalilah juga melihat perkara yang perlu diperkemaskan lagi adalah ketegasan dalam kehadiran dan disiplin pemakaian ahli.

Sebelum menutup temu bual Saudara Mohd Sabri menyatakan harapan agar Mesyuarat Agung Tahunan PMMM menjadi medan memperbaiki dan memperbetulkan antara satu sama lain dan mengharapkan kecemerlangan PMMM. Saudari Khadijah Khalilah pula berpesan agar bermuktamar dengan rasional dan bukan mencari kesalahan orang lain. Pesannya lagi agar menjaga persatuan sehabis baik.

"PMMM 20 Tahun; Berani Berubah Untuk Merubah"

Temu ramah 1: Menghidupkan Mesyuarat Agung Tahunan PMMM

Ikuti laporan ringkas temu bual melalui Yahoo Messenger (YM) bersama beberapa ahli PMMM yang terpilih tentang pandangan mereka mengenai Mesyuarat Agung Tahunan PMMM.

Temu bual pertama bersama Saudari Nurzahirah bt Zahid merupakan pelajar tahun 3, Universiti Muhammad V Rabat. Beliau juga merupakan Timbalan Setiausaha PMMM sesi 08/09. Sepanjang penglibatan dua kali beliau di dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang kali pertamanya sebagai pemerhati dan kali kedua sebagai orang diperhati, beliau melihat begitu besar kepentingan Mesyuarat Agung Tahunan PMMM itu sendiri.

Menurut beliau Mesyuarat Agung Tahunan adalah medan melihat sejauh mana pemimpin yang diamanahkan mengendalikan persatuan dan juga mengetahui kerjasama ahli di dalam menjayakan program-program persatuan. Beliau juga melihat Mesyuarat Agung Tahunan merupakan komunikasi dua hala secara terus bersama pemimpin dan ahli persatuan. Tambah beliau lagi banyak idea dapat dikumpulkan melalui pembentangan usul daripada ahli persatuan di samping kritikan yang membina yang menjadi kunci keutuhan persatuan.

"Mesyuarat Agung Tahunan ini hanya akan hidup sekiranya ahli persatuan bersama-sama dengan persatuan sepanjang sesi tersebut. Sekiranya ahli persatuan tidak memerhati gerak kerja lembaga pentadbiran maka Mesyuarat Agung Tahunan tidak akan dapat hidup."

Ujar beliau lagi, selaku AMT yang berada dalam Mesyuarat Agung Tahunan, kritikan ahli terhadap kekurangan AMT membantu dalam mencorak pentadbiran persatuan.

Di akhir temubual kami, beliau mengharapkan agar Mesyuarat Agung Tahunan PMMM menjadi satu perjumpaan besar keluarga untuk menegur salah silap ahli keluarga. Beliau juga berharap MANTAP 09 akan mendapat sokongan penuh daripada semua ahli dalam memberikan pandangan dan kritikan untuk membina masa depan persatuan.

"PMMM 20 Tahun; Berani Berubah Untuk Merubah"