Thursday, July 16, 2009

MANTAP'09 Melabuhkan Tirai~

Alhamdulillah akhirnya hari ini berlabuh juga tirai Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Maghribi 2009 (MANTAP'09). Segala yang tersimpan terurai, segala persoalan terjawab dan segala harapan kini terpikul di bahu pimpinan PMMM sesi baru.

Di kesempatan ini, ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan MANTAP'09 secara langsung mahupun secara tidak langsung. Daripada Timbalan Pengarah hinggalah kepada AJK-AJK, Yang Di-Pertua Dewan, Setiausaha Dewan dan ahli-ahli mesyuarat sekalian. Kita bekerja sebagai satu pasukan. Semua ada peranan masing-masing. Jika semua berfungsi mengikut peranannya, maka kerja dan urusan kita senang dan berada di landasan yang sewajarnya.

Kami koordinator MANTAP'09 memohon ribuan kemaafan andai ada yang terkurang sepanjang program ini berlangsung. Dan sewajarnya anda perlu mengetahui bahawa kami pihak koordinator sedaya upaya berusaha untuk menghasilkan yang terbaik apa yang telah diamanahkan kepada kami. Namun kami sebagai manusia biasa tidak terlepas daripada sebarang kesilapan dan kekurangan. Dan harapannya kesilapan dan kekurangan ini tidak diulang pada masa yang akan datang, insyaALLAH.

Ada yang bertanyakan mengenai status blog MANTAP'09 selepas ini. InsyaALLAH blog ini masih berterusan dalam masa terdekat untuk proses laporan dan gambar-gambar sepanjang MANTAP'09. Dan kemungkinan blog ini menjadi medium PMMM untuk sementara waktu sebelum diambil oleh Exco Penerbitan dan Dokumentasi sesi 2009/2010.

Akhirnya dititipkan sekalung penghargaan buat Haikal, Hamiz, Zulkhairi, Hariz, Zakwan, Aimi, Sharif, Jawawi, Kamarul, Muhaimin, Aimaduddin, Aslam, Kamaruzaman, Asyraf Nordin, Hafizullah, Zahrin, Haziq, Tengku Asyraf, Fakurazi, Rahmad dan semua yang terlibat.

Juga buat Fawaha, Nazurah, Anis, Fatin, Salmee, Aminah Munirah, Asna, Zulaikha, Syarifah Munirah, Amanina, Salwani, Madihah, Lily, Atiqah, Shaliza dan semua yang terlibat.

ALLAH sahaja yang mampu membalas segala jasa kalian.


"PMMM 20 Tahun; Berani Berubah Untuk Merubah"

No comments:

Post a Comment