Monday, August 24, 2009

Ruangan Exco Perhubungan Luar & Antarabangsa (EXPELA)


Laporan Lawatan Kerja Y.Bhg Tan Sri Bernard Dompok, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi di Malaysia ke Morocco.



Tarikh : Rabu, 05 Ogos 2009
Masa : 1.10 petang hingga 10 malam
Tempat : Hotel Sheraton, Casablanca
Tujuan : Majlis Makan Malam di Dewan Beradab , Hotel Sheraton


Pada 05 ogos 2009, Y.Bhg Tan Sri Bernard Dompok, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi di Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Casablanca, Morocco. Bersama-samanya ahli keluarga menteri, Tan Sri Dr. Yusof Basiron, Dato’ Lee Yow Chor dan barisan Malaysian Palm Oil Board (MPOB) dan Malaysian Palm Oil Council (MPOC). Lawatan kerja ini bertujuan bagi mengadakan perbincangan dua hala menteri Malaysia dan Morocco berkaitan perniagaan perusahaan Komoditi dari negara masing-masing.

Perjalanan bermula dengan ketibaan Tan Sri Bernard Dompok beserta delegasi beliau ke Hotel Sheraton, Casablanca pada pukul 1.10 petang yang mengambil masa sejam dari Lapangan Terbang Mohamed V. Ketibaan Y.Bhg Tan Sri dan rombongan disambut oleh Pegawai Kedutaan Malaysia dan Presiden Mahasiswa Malaysia di Morocco.

Program pertama bermula dengan aturcara Resepsi dan Niteworking pada pukul 7.30 malam di Dewan Beradab 1, Sheraton. Kemudian, aturcara kemuncak pada malam pertama itu diteruskan dengan Majlis Makan Malam di Dewan Beradab 2 pada pukul 8.30 malam setelah ketibaan ahli perniagaan dan koprat dari Morocco ke Majlis Makan Malam tersebut.


Antara pengisian majlis pada malam tersebut seperti ucapan daripada Mr. Hassane Berkani, Presiden Bahagian Perdagangan, Industri dan Perkhidmatan di Morocco. Ucapan daripada En. Ahmad Fairuz bin Yahya, wakil TYT Dato’ Othman Samin, Duta Malaysia ke Morocco dan ucapan daripada Y.Bhg Tan Sri Bernard Dompok, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi di Malaysia. Antara hidangan yang menarik pada malam tersebut seperti Moroccan Seafood Bastilla, Roasted White Fish Fillet dan Fresh Fruit Salad with Vanilla Ice Cream.


ketibaannya Tan Sri dan delegasi di Hotel Sheraton, Casablanca.


Mr. Hassane Berkani


Majlis Makan Malam yang penuh meriah


En. Ahmad Fairuz Yahya


Tan Sri Bernard Giluk Dompok


Antara tetamu yang hadir ke majlis makan malam



Tarikh : Khamis, 06 Ogos 2009
Masa : 7.00 pagi hingga 8.00 malam
Tempat : Wilayah Rabat
Tujuan :Mesyurat bersama Menteri di Morocco dan Minum Petang di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke Morocco


Pada 6 Ogos 2009, dua mesyuarat perbincangan mengenai ekonomi negara telah diadakan oleh 2 buah negara yang maju iaitu Malaysia dan Morocco. Mesyurat ini bermula pada pukul 10.30 pagi dengan kehadiran Y.Bhg Tan Sri Bernard Dompok ke Pejabat Mr .Nabil Chaouki, Menteri Industri Perdagangan dan Teknologi Baru di Rabat, Morocco yang berlangsung selama 30 minit. Setelah selesai mesyuarat tersebut, perjalanan diteruskan dengan menziarahi Makam Raja Mohammad V dan melihat permandangan laut nan indah yang terletak di Rabat.


Program diteruskan dengan Makan Tengahari di La Maison Arabe Restaurant, La Tour Hassan Hotel, Rabat dengan hidangan istimewa Bastela Ayam dan Ikan Royal Majeur. Kemudian, pada pukul 4.00 petang mesyuarat yang ke-2 oleh Y.Bhg Tan Sri Bernard Dompok telah diadakan bersama Mr.Souad Bennani, Menteri Bahagian Luar Perdagangan di Morocco selama sejam. Mesyuarat tersebut diakhiri peluang yang cerah antara kedua-dua buah negara dengan mempromosi dan mengeksport barangan komoditi masing-masing seperti minyak kelapa sawit, minyak zaitun dan tiles/batu marmar.

Persinggahan yang terakhir beliau beserta delegasi diteruskan ke Kediaman Rasmi Duta Malaysia ke Morocco, TYT Dato’ Othman Samin pada pukul 5 petang. Persinggahan tersebut bertujuan untuk minum petang dan melawat dato’ Othman Samin yang hampir sembuh dari sakitnya. Pegawai-pegawai kedutaan Malaysia di Morocco turut menghadiri majlis minum petang tersebut dan juga kehadiran TYT Duta Besar Malaysia ke Spanyol turut memeriahkan majlis pada petang itu. Setelah gambar kenang-kenangan di ambil bersama tetamu dan tuan rumah, akhirnya Tan Sri beserta delegasi beliau menuju pulang kembali ke Hotel Sheraton, Casablanca untuk bermalam kali terakhir di sana.

Keesokan harinya bersamaan hari jumaat 7 Ogos 2009, Tan Sri Bernard Dompok beserta delegasi beliau bertolak pulang ke Malaysia pada pukul 10.30 pagi menuju ke Lapangan Terbang Mohamad V. Akhirnya lawatan kerja beliau bersama delegasi telah selesai dengan jayanya dan diharapkan misi yang di bawa beliau bersama delegasi akan tercapai matlamat serta sasarannya. Ameen.


Sesi Mesyuarat yang pertama selesai


Jalan ke Pantai, Rabat


Pandangan dari pantai, Rabat


Makan Tenggahari bersama Bastela Ayam



La Tour Hassan Hotel, Rabat


Mesyuarat sedang berlangsung


Mesyuarat antara menteri Morocco dan Malaysia


Sesi penghargaan dan bertukar-tukar cendramata


Majlis Minum Petang, Rabat


Tan Sri bersama TYT Dato' Othman Samin


Kenangan bersama tetamu kehormat yang hadir



--EXPELA
--Photo credit to Sharifuddin suhaimi


No comments:

Post a Comment