Monday, July 6, 2009

Agenda MANTAP'09

  1. Ucapan aluan dan taklimat etika Mesyuarat Agung oleh Yang Di-Pertua Dewan.
  2. Pembentangan dan pengesahan minit Mesyuarat Agung Tahunan 2008.
  3. Pembentangan dan pengesahan laporan Setiausaha Kehormat PMMM 2008/2009.
  4. Pembentangan dan pengesahan laporan Bendahari Agung PMMM 2008/2009.
  5. Pembentangan dan pengesahan laporan Ketua-ketua Exco dan Ketua Penghulu PMMM 2008/2009.
  6. Pembentangan dan pengesahan laporan Juruaudit PMMM 2008/2009.
  7. Pembubaran dan perletakan jawatan Ahli Lembaga Pentadbir PMMM 2008/2009.
  8. Pelantikan Ahli Lembaga Pentadbir PMMM dan Pengerusi SPR PMMM 2009/2010.
  9. Pemilihan Yang Di-Pertua Dewan, Setiausaha Dewan dan Juruaudit PMMM 2009/2010.
  10. Ucapan Dasar Presiden PMMM 2009/2010.
  11. Pembentangan dan perbahasan usul serta cadangan perwakilan wilayah.
  12. Penangguhan Mesyuarat Agung oleh Yang Di-Pertua Dewan.

"PMMM 20 Tahun; Berani Berubah Untuk Merubah"

Sunday, July 5, 2009

Kenapa Pilih 15 dan 16 Julai?

Pejam celik, pejam celik, hari ini sudah hari Ahad, 5 Julai. Isnin depan (13 Julai) InsyaALLAH akan berlangsungnya Istiadat Konvokesyen Kedua bagi graduan-graduan Malaysia lepasan Universiti-Universiti Seluruh Maghribi. Dan seterusnya, menyempurnakan agenda tahunan PMMM, Mesyuarat Agung Tahunan PMMM.

Untuk awalnya, pihak kami memohon ribuan kemaafan kepada semua ahli PMMM yang tidak dapat menghadirkan diri dalam Mesyuarat Agung Tahunan PMMM kali ini memandangkan pada tarikh tersebut masing-masing sudah meninggalkan tanah Maghribi ini. Bagi kami, tarikh 15 dan 16 Julai depan adalah tarikh yang paling sesuai untuk kita berkumpul walaupun ada segelintir ahli kita tidak dapat menghadirkan diri.

Antara sebab-sebab kami memilih tarikh tersebut walaupun pada sebelumnya tarikh tersebut dikaitkan dengan masalah penempatan di Rabat:-
  • Peperiksaan di beberapa wilayah belum selesai sepenuhnya pada akhir bulan Jun. Kami tidak berani untuk mengambil sebarang risiko memilih minggu pertama dari Julai untuk melangsungkan MANTAP'09 dan menangguhkan tarikh MANTAP'09 pada saat-saat akhir kerana akan menyebabkan masalah-masalah lain akan timbul.
  • Memberi masa kepada Ahli Lembaga Pentadbir menyiapkan laporan-laporan gerak kerja tahunan sepenuhnya selepas masing-masing sibuk dengan peperiksaan akhir, munaqasyah bahas dan komitmen-komitmen lain.
  • Tarikh pertengahan Julai ini dirasakan sesuai memandangkan tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat. Tarikh MANTAP'09 berada dipertengahan Konvo'09 dan SUKAN SEA yang dijangka membuka tirainya pada 25 Julai nanti.
Kami berasa terharu memandangkan ada pihak yang memohon untuk tarikh dipercepatkan bagi mereka dapat menghadirkan diri dalam MANTAP'09 kali ini walaupun sehari. Walaubagaimanapun, pihak kami menyusun sepuluh jari kerana tidak dapat menunaikan hajat kalian. Kami telah berusaha sedaya upaya untuk menjayakannya, namun setelah difikirkan dari segala sudut, tarikh 15 dan 16 Julai telah dipilih.

"PMMM 20 Tahun; Berani Berubah Untuk Merubah"

Saturday, July 4, 2009

Friday, July 3, 2009

Rabat Kenitra Rabat Kenitra Rabat Kenitra..

Dalam perancangan awal kami, venue MANTAP'09 kali ini adalah di Dewan Chariff Idrissi, Rabat, Maghribi. Namun disebabkan beberapa kesulitan, kami terpaksa menukarkan venue mesyuarat agung kita tahun ini dari Rabat ke Kenitra, InsyaALLAH.

Dewan Chariff Idirissi ini adalah sebuah dewan di Markaz Kuliah Adab Dan Sains Kemanusiaan, Universiti Mohamed El-Khamis, Rabat. Jika sebelum ini orang melihat kuliah Rabat adalah menakutkan, menyedihkan dan segala istilah yang sama waktu dengannya, namun usaha awal kami ini adalah untuk memadamkan segala tanggapan kolot pihak-pihak terbabit walaupun hakikatnya Kuliah Markaz dan Kuliah Irfan mempunyai perbedaan yang amat nyata.

Antara sebab-sebab pihak kami terpaksa menukarkan venue MANTAP'09 dari Rabat ke Kenitra adalah:-
  • Pada tarikh yang dipohon, pihak pengurusan Dewan Chariff Idrissi setakat ini hanya meluluskan hari pertama MANTAP'09 sahaja. Untuk hari kedua, mereka akan memberi jawapan pada saat-saat akhir program mahu berlansung. Kami tidak berani mengambil risiko menukar venue pada saat-saat akhir.
  • Penempatan penginapan di Rabat adalah amat terhad memandangkan kediaman Mahasiswa Malaysia di Rabat semakin berkurangan. Kediaman Mahasiswa hanya 2 buah rumah (besar dan kecil), manakala hanya sebuah rumah bagi menampung hampir 40 orang mahasiswi.
Secara tradisinya, Kenitra adalah perkampungan ahli PMMM sejak dari dulu lagi. Jadi apa salahnya kita berkumpul di kampung halaman kita beramai-ramai memandangkan kapasiti dan infrakstruktur di sini berada pada tahap yang membanggakan.

Namun, pihak kami tidak menolak sebarang kemungkinan untuk pihak PMMM mengadakan program-program PMMM di luar kawasan tradisi. Bisehhah!

Rabat Kenitra Rabat Kenitra Rabat Kenitra..
Rabat Rabat Rabat..
Kenitra..Kenitra..Kenitra..

"PMMM 20 Tahun; Berani Berubah Untuk Merubah"