Sunday, July 12, 2009

Perwakilan Wilayah & Surat Tunjuk Sebab

Assalamualaikum w.b.t,


Makluman terkini Mesyuarat Agung Tahunan PMMM 2009 (MANTAP ’09).


1.Perwakilan Wilayah


1.1 Perhatian kepada semua ahli PMMM untuk memilih perwakilan bagi setiap wilayah dalam sesi pembentangan cadangan di Mesyuarat Agung Tahunan PMMM 2009 (MANTAP'09).

1.2 Sesi pembentangan cadangan ini akan diadakan pada hari kedua mesyuarat agung berlangsung. Tentatif akan diunjurkan kemudian untuk rujukan semua ahli PMMM.


1.3 Bilangan perwakilan setiap wilayah adalah seperti berikut :-

1) Tetouan : Seorang Wakil Mahasiswa

2) Fes : Seorang Wakil Mahasiswa

3) Kenitra : Seorang Wakil Mahasiswa dan Seorang Wakil Mahasiswi

4) Rabat : Seorang Wakil Mahasiswa dan Seorang Wakil Mahasiswi

5) Mohammedia : Seorang Wakil Mahasiswa dan Seorang Wakil Mahasiswi

6) Casablanca : Seorang Wakil Mahasiswa dan Seorang Wakil Mahasiswi

7) Marrakesh : Seorang Wakil Mahasiswa


2. Surat Tunjuk Sebab Tidak Dapat Menghadirkan Diri ke Mesyuarat Agung Tahunan PMMM


2.1 “Semua mahasiswa diwajibkan menghadiri mana-mana mesyuarat agung yang diadakan atau mana-mana perjumpaan yang dibuat oleh pihak persatuan (sama ada perjumpaan dengan Penghulu Wilayah, AMT atau mana-mana pihak yang telah mendapat izin AMT)." - Perkara 6 Etika Tatatertib PMMM (Undang-undang Umum), Buku Perlembagaan PMMM m/s 19.


2.2 Setiap mahasiswa wajib menyertai sebarang program yang dianjurkan oleh persatuan."-Perkara 1 Etika Tatatertib PMMM (Undang-undangBerprogram), Buku Perlembagaan PMMM m/s 20.


2.3 "Setiap mahasiswa wajib menyertai sebarang program yang dianjurkan oleh persatuan."-Perkara 1 Etika Tatatertib PMMM (Undang-undangBerprogram), Buku Perlembagaan PMMM m/s 20.


2.4 Ingin kami tegaskan bahawa kehadiran semua ahli PMMM adalah diwajibkan untuk memastikan perjalanan mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar. Tanpa sokongan anda mana mungkin persatuan akan terus maju.


2.5 Bagi mereka yang tidak dapat menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan kali ini, diharapkan agar dapat mengunjurkan surat berserta sebab yang kukuh kepada Presiden PMMM selewat-lewatnya sebelum Mesyuarat Agung Tahunan PMMM 2009 berlangsung.


Segala pengorbanan semua ahli PMMM amatlah kami hargai dan kami mengharapkan yang terbaik untuk PMMM yang tercinta. JZKK.


Sekian, terima kasih.


"PMMM 20 Tahun; Berani Berubah Untuk Merubah"





Farah Wahidah Hayati binti Ariaff

Setiausaha MANTAP'09

No comments:

Post a Comment