Wednesday, July 8, 2009

Temu ramah 3 : Mesyuarat Agung tu macam di Parlimen kan?

Apa kata anda selepas membaca tajuk entry kali ini? Mari kita tinjau apa kata beberapa pelajar tahun pertama tentang Mesyuarat Agung Tahunan PMMM.

"Mesyuarat Agung tu macam di parlimen kan? Mungkin juga seperti pertandingan bahas ala parlimen yang ada pihak pencadang dan pembangkang. Mungkin juga ada adegan bidas membidas hujah dan sebagainya."

Walau apa jua andaian mereka tentang Mesyuarat Agung namun jelas tergambar keterujaan mereka untuk menyertainya buat pertama kalinya. Rata-rata meluahkan perasaan tidak sabar untuk mengetahui suasana dan merasai bahang kehangatan Mesyuarat Agung Tahunan PMMM yang akan berlangsung kurang seminggu lagi.

Menurut Saudara Kamaruzaman bin Zali pelajar tahun 1, Dirasat Islamiah Universiti Mohamad V Rabat yang bakal membarisi AMT pada sesi 09/10 menyatakan beliau tidak sabar melihat kematangan pembentang dalam pembentangan usul di dalam mesyuarat nanti.

Saudari Nurshaliza binti Syafie pelajar tahun 1 Dirasat Islamiah Universiti Ibnu Tofail pula berpendapat Mesyuarat Agung Tahunan mampu menjadikan pelajar lebih matang dan bergerak seperti keluarga.

Harapan yang tinggi diletakkan oleh Saudari Norazuatika binti Mohd Nordin pelajar tahun 1 Dirasat Islamiah Universiti ibnu Tofail Kenitra agar segala matlamat yang disasarkan akan tercapai.

Mungkin masih terlalu awal untuk mereka membuat kesimpulan tentang Mesyuarat Agung Tahunan kerana mereka belum lagi menempuhinya. Bagi mereka yang pernah melalui saat dan detik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PMMM apa kata anda?


"PMMM 20 Tahun; Berani Berubah Untuk Merubah"

No comments:

Post a Comment