Thursday, July 9, 2009

Saya Mengusulkan...~


Sedikit sedutan dari Surat Makluman Awal Mesyuarat Agung Tahunan PMMM 2009 oleh Setiausaha Kehormat PMMM yang bertarikh 30 Jun 2009.

MAKLUMAN AWAL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA DI MAGHRIBI (PMMM)
Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian saudara/saudari untuk merujuk perkara tersebut di atas.

2. Sebagai makluman, Ahli Lembaga Pentadbir (ALP) PMMM sedang berusaha menjalankan gerak kerja untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PMMM.

3. Mesyuarat tersebut dijangka akan diadakan pada pertengahan bulan Julai 2009. Maklumat lanjut berkenaan mesyuarat tersebut masih belum ditetapkan dan akan dimaklumkan kemudian.

4. Oleh yang demikian, setiap ahli yang berdaftar kini dibenarkan untuk menghantar sebarang usul untuk dibentangkan di dalam mesyuarat tersebut kepada Setiausaha Kehormat PMMM. Mana-mana usul yang tidak dihantar kepada Setiausaha Kehormat tidak boleh dibentangkan di dalam mesyuarat tersebut.

4. Tarikh akhir bagi penghantaran usul tersebut akan dimaklumkan kemudian. Sebarang persoalan bolehlah diunjurkan kepada Setiausaha Kehormat; Muhammad Fakhruddin Arrazi Misni atau Presiden; Ahmad Fathi Muhammad.

5. Semoga segala langkah pembaikan yang dibina mampu menyumbang kepada pemantapan sistem pentadbiran dan pengurusan persatuan seterusnya meneruskan lagi kesinambungan perjuangan persatuan ini, insya-Allah.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.



"PMMM 20 Tahun; Berani Berubah Untuk Merubah"

1 comment:

  1. Salam.

    Saya secara peribadi melihat ada baiknya usul-usul yang akan dibincangkan atau dipersetuju oleh para ahli PMMM dihebahkan atau dibincangkan dahulu di PMMM Group. Tujuannya supaya para ahli dapat menilai secara pro dan kontra usul tersebut dengan mengambil masa yang panjang. Apabila tiba masanya, mudah untuk dijalankan undian selepas berfikir semasak-masaknya akan kerasionalan usul tersebut.

    Kita tak mahu kesilapan lalu berulang lagi. Ingat tak pasal isu untuk buang istilah "kebudayaan"? Kan celaru jadinya. Rasanya tak perlu ulas. Yang mana ingat tu, ingat la.

    Apa pun, ini hanyalah pandangan peribdi saya. Harapan saya kali ni semoga Muktamar yang bakal berlangsung akan berjalan lancar. Para pengkritik tegar pun dah semakin kurang. Namun akan lahir pengkritik lain yang kemungkinan lebih tegar.

    Ok, selamat bermuktamar buat kalian.

    P/S: Jutaan kemaafan juga dipohon selama saya bersama PMMM. "Sayonara" PMMM.

    ReplyDelete