Sunday, July 5, 2009

Kenapa Pilih 15 dan 16 Julai?

Pejam celik, pejam celik, hari ini sudah hari Ahad, 5 Julai. Isnin depan (13 Julai) InsyaALLAH akan berlangsungnya Istiadat Konvokesyen Kedua bagi graduan-graduan Malaysia lepasan Universiti-Universiti Seluruh Maghribi. Dan seterusnya, menyempurnakan agenda tahunan PMMM, Mesyuarat Agung Tahunan PMMM.

Untuk awalnya, pihak kami memohon ribuan kemaafan kepada semua ahli PMMM yang tidak dapat menghadirkan diri dalam Mesyuarat Agung Tahunan PMMM kali ini memandangkan pada tarikh tersebut masing-masing sudah meninggalkan tanah Maghribi ini. Bagi kami, tarikh 15 dan 16 Julai depan adalah tarikh yang paling sesuai untuk kita berkumpul walaupun ada segelintir ahli kita tidak dapat menghadirkan diri.

Antara sebab-sebab kami memilih tarikh tersebut walaupun pada sebelumnya tarikh tersebut dikaitkan dengan masalah penempatan di Rabat:-
  • Peperiksaan di beberapa wilayah belum selesai sepenuhnya pada akhir bulan Jun. Kami tidak berani untuk mengambil sebarang risiko memilih minggu pertama dari Julai untuk melangsungkan MANTAP'09 dan menangguhkan tarikh MANTAP'09 pada saat-saat akhir kerana akan menyebabkan masalah-masalah lain akan timbul.
  • Memberi masa kepada Ahli Lembaga Pentadbir menyiapkan laporan-laporan gerak kerja tahunan sepenuhnya selepas masing-masing sibuk dengan peperiksaan akhir, munaqasyah bahas dan komitmen-komitmen lain.
  • Tarikh pertengahan Julai ini dirasakan sesuai memandangkan tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat. Tarikh MANTAP'09 berada dipertengahan Konvo'09 dan SUKAN SEA yang dijangka membuka tirainya pada 25 Julai nanti.
Kami berasa terharu memandangkan ada pihak yang memohon untuk tarikh dipercepatkan bagi mereka dapat menghadirkan diri dalam MANTAP'09 kali ini walaupun sehari. Walaubagaimanapun, pihak kami menyusun sepuluh jari kerana tidak dapat menunaikan hajat kalian. Kami telah berusaha sedaya upaya untuk menjayakannya, namun setelah difikirkan dari segala sudut, tarikh 15 dan 16 Julai telah dipilih.

"PMMM 20 Tahun; Berani Berubah Untuk Merubah"

No comments:

Post a Comment