Tuesday, July 7, 2009

Temu ramah 1: Menghidupkan Mesyuarat Agung Tahunan PMMM

Ikuti laporan ringkas temu bual melalui Yahoo Messenger (YM) bersama beberapa ahli PMMM yang terpilih tentang pandangan mereka mengenai Mesyuarat Agung Tahunan PMMM.

Temu bual pertama bersama Saudari Nurzahirah bt Zahid merupakan pelajar tahun 3, Universiti Muhammad V Rabat. Beliau juga merupakan Timbalan Setiausaha PMMM sesi 08/09. Sepanjang penglibatan dua kali beliau di dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang kali pertamanya sebagai pemerhati dan kali kedua sebagai orang diperhati, beliau melihat begitu besar kepentingan Mesyuarat Agung Tahunan PMMM itu sendiri.

Menurut beliau Mesyuarat Agung Tahunan adalah medan melihat sejauh mana pemimpin yang diamanahkan mengendalikan persatuan dan juga mengetahui kerjasama ahli di dalam menjayakan program-program persatuan. Beliau juga melihat Mesyuarat Agung Tahunan merupakan komunikasi dua hala secara terus bersama pemimpin dan ahli persatuan. Tambah beliau lagi banyak idea dapat dikumpulkan melalui pembentangan usul daripada ahli persatuan di samping kritikan yang membina yang menjadi kunci keutuhan persatuan.

"Mesyuarat Agung Tahunan ini hanya akan hidup sekiranya ahli persatuan bersama-sama dengan persatuan sepanjang sesi tersebut. Sekiranya ahli persatuan tidak memerhati gerak kerja lembaga pentadbiran maka Mesyuarat Agung Tahunan tidak akan dapat hidup."

Ujar beliau lagi, selaku AMT yang berada dalam Mesyuarat Agung Tahunan, kritikan ahli terhadap kekurangan AMT membantu dalam mencorak pentadbiran persatuan.

Di akhir temubual kami, beliau mengharapkan agar Mesyuarat Agung Tahunan PMMM menjadi satu perjumpaan besar keluarga untuk menegur salah silap ahli keluarga. Beliau juga berharap MANTAP 09 akan mendapat sokongan penuh daripada semua ahli dalam memberikan pandangan dan kritikan untuk membina masa depan persatuan.

"PMMM 20 Tahun; Berani Berubah Untuk Merubah"

No comments:

Post a Comment