Tuesday, July 7, 2009

Temu ramah 2 : Mesyuarat Agung Tahunan membosankan? memenatkan?

Penjelajahan meninjau pandangan mengenai Mesyuarat Agung Tahunan PMMM diteruskan tanpa merentas lautan dan benua namun masih berpeluang untuk bersama mereka yang jauh di mata. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Saudari Khadijah Khalilah binti Abdul Rashid dan Saudara Mohd Sabri bin Sulaiman yang sudi berkongsi pengalaman dan pandangan.

Ikuti laporan ringkas temu bual yang dibuat melalui perantara Yahoo Messenger (YM) petang semalam.

Setelah tiga kali menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PMMM, mereka tidak dapat menafikan banyak transformasi yang telah berlaku. Perkembangan positif ini penting dalam memperkemaskan lagi pentadbiran dan perjalanan persatuan.

Saudari Khadijah Khalilah melihat perubahan ketara yang berlaku semasa mesyuarat adalah keberanian ahli tampil ke depan dan bersuara dengan penuh keyakinan.

Mereka melihat sudut yang paling penting di dalam Mesyuarat Tahunan PMMM adalah ketika mana pembentangan usul dan cadangan dari setiap perwakilan kerana hak bersuara di situ lebih kuat. Namun mereka juga tidak menolak kepentingan pembentangan laporan ALP di dalam mesyuarat.

Ketika diminta mengulas tentang dakwaan yang mengatakan Mesyuarat Agung Tahunan PMMM ini memenatkan dan membosankan mereka mempunyai komen yang tersendiri.

Saudari Khadijah Khalilah tidak menafikan dakwaan ini akan terkeluar dari ahli disebabkan beberapa faktor. Faktor kerana tidak memahami perjalanan mesyuarat dan biasanya ini ada keluhan daripada pelajar tahun satu. Seterusnya faktor jarang menyertai program-program persatuan.

Sebagai ahli persatuan kita mempunyai tanggungjawab terhadap persatuan dan Saudara Mohd Sabri menyifatkan dakwaan ahli ini menunjukkan sikap mereka yang tidak mahu mengambil berat tentang persatuan.

Dari sudut yang lain, Saudari Khadijah Khalilah juga melihat perkara yang perlu diperkemaskan lagi adalah ketegasan dalam kehadiran dan disiplin pemakaian ahli.

Sebelum menutup temu bual Saudara Mohd Sabri menyatakan harapan agar Mesyuarat Agung Tahunan PMMM menjadi medan memperbaiki dan memperbetulkan antara satu sama lain dan mengharapkan kecemerlangan PMMM. Saudari Khadijah Khalilah pula berpesan agar bermuktamar dengan rasional dan bukan mencari kesalahan orang lain. Pesannya lagi agar menjaga persatuan sehabis baik.

"PMMM 20 Tahun; Berani Berubah Untuk Merubah"

No comments:

Post a Comment